NARQES Langkawi (Medispa)
NARQES Langkawi (Medispa)
Mar 5, 2018
#soalanlazim | PART 1 : JERAWAT Ini merupakan siri pertama untuk Jerawat. Kami release satu per satu supaya anda mudah hadam maklumat yg diberikan. Setiap soalan yang ada ialah soalan yang biasa ditanya pelanggan #SkinValet semasa sesi konsultasi. S : APA ITU JERAWAT? J : Jerawat adalah gangguan pada kulit yang disebabkan oleh bakteria, minyak & sel kulit mati menyumbat pori-pori. Secara asas ada 2 jenis jerawat: . ⚀ Kulit kemerahan disebabkan keradangan, bintik hitam,atau bintik merah membengkak hingga bernanah. . ⚁ Tidak merah atau keradangan seperti blackheads & whiteheads yang biasanya terdapat di wajah, leher, dada & bahu. S : APA PUNCA JERAWAT? J : Penyebab sebenar jerawat tak diketahui, tetapi doktor percaya ia hasil dari beberapa faktor yang berkaitan. Salah satu faktor penting ialah peningkatan hormon disebut androgens. Peningkatan hormon lelaki dan perempuan ini, menyebabkan kelenjar sebaceous membesarkan & menjadikan penghasilan sebum yang banyak. S : SEMUA ORANG ADA JERAWAT KE? J : Jerawat ni tak kira warna kulit & jenis kulit. Yang paling geram, kita tak tau bila & area mana ia akan muncul!. 🤔 Tapi, mereka yang kulit berwarna (👨🏽👩🏽👧🏽👱🏽) pula akan ada risiko tambahan iaitu post inflammatory dark spots & parut, oleh itu penjagaan pencegahan adalah amat2 penting. Sambung di bahagian ke 2 nanti. Ada soalan? Sila komen di bawah.