Kedai Buku DBP
Kedai Buku DBP
Mar 2, 2018
Kepada para pelanggan yang dihormati, sudahkah anda mendaftar sebagai ahli kad rakan DBP? Jika belum ayuh daftar segera di kedai buku DBP atau menghubungi Pusat Dokumentasi Melayu DBP di talian 03-2147 9659/9661. Terdapat pelbagai faedah yang akan diterima oleh setiap ahli antaranya; - Diskaun 25% bagi pembelian buku judul umum di kedai buku DBP. - Diskaun 20% bagi pembelian buku judul terpilih di kedai buku DBP. - Diskaun 10% bagi yuran kursus anjuran Akademi DBP. - Boleh membuat rujukan dan peminjaman buku di DBP. - Menerima maklumat terbitan terkini dan promosi semasa yang dijalankan oleh DBP. Lebih menarik lagi yuran pendaftaran hanya RM10 bagi kategori Rakan DBP manakala RM5 bagi kategori Rakan Muda DBP. Ayuh jangan berlengah lagi daftar segera dan dapatkan kad rakan DBP anda hari ini juga.